Friday 14 October 2011

Virus “Mat Rempit”: Punca dan Cara Mengatasinya



NSTHARI ini isu “Mat Rempit” kembali hangat diperkatakan sama ada melalui media massa atau media cetak. Isu ini kembali hangat sehangat isu wabak selsema babi yang kini mengemparkan seluruh dunia. Begitu juga dengan wabak “Mat Rempit” ini, mengganas sekaligus membimbangkan semua pihak.
Mat Rempit bukan setakat merempit, malah mereka juga turut terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki mabuk, kaki rogol malah sanggup membunuh. Ini realiti yang berlaku di negara kita hari ini. Di mana beberapa hari yang lepas, akhbar metro harian telah menyiarkan seorang pemuda maut akibat dipukul sekumpulan “Mat Rempit”. Untuk baca sila KLIK di sini.
Sekarang gejala wabak “Mat Rempit” telah berada pada ranking pertama dalam liga jenayah remaja negara ini. Jika suatu ketika dahulu gejala “Bohsia dan Bohjan” menjadi isu hangat di media-media massa dan cetak. Tetapi gejala ini agak sepi diperkatakan walaupun gejala ini masih berleluasa.
Dengan menampilkan aksi-aksi ngeri yang menyeronokkan, “Mat Rempit” sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat kepuasan dan dipuji di atas keberanian yang ditonjolkan. Ini adalah pengakuan salah seorang “Mat Rempit” yang ana temui iaitu Zul (Bukan nama sebenar). Selain itu, mereka akan disajikan dengan bohsia-bohsia cantik sekiranya memenangi perlumbaan haram yang dianjurkan. Dapat tidur dan melakukan sex dengan perempuan tersebut. Aduhhh…Enak sekali tuh…Sedangkan perbuatan zina itu adalah dikeji dan dibenci oleh Allah SWT.
mat_rempit1
Justeru itu, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja di negara in terlibat dengan gejala “Mat Rempit”? Adakah mereka ini ingin digelar sebagai “Mati Katak” atau “Sebagai pembunuh diri” ? Antara faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya virus “Mat Rempit” ini ialah :
Perasaan ingin mencuba
Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada resiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.
Terpengaruh dengan rakan
Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja ini. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi.
Gaya hidup dan taraf pendidikan
Gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala “Mat Rempit” ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala “Mat Rempit” ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.
Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa
Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.
Dengan demikian, virus “Mat Rempit” harus dibendung dengan segera sebelum ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak harus memikirkan apakah cara yang paling terbaik untuk mengatasi gejala sosial ini. Jika ia tidak dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang paling merbahaya di negara ini. Kalau dahulu mereka hanya merempit, tetapi sekarang golongan ini semakin berani melakukan apa sahaja sehingga sanggup membunuh dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak takut kepada hukuman yang bakal diterima.
Maka di sini terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan membendung virus “Mat Rempit” ini daripada terus menular dalam masyarakat. Antaranya ialah :
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka mersai diri mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya. Luangkan sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak. Bertanyakan masalah, mendengar luahan dan rintihan hati mereka.
Penguatkuasakan undang-undang dengan lebih efektif
Penguatkuasa undang-undang memang perlu untuk membendung virus ini. Di sarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka terima.
Dekati mereka dengan berhemah dan hikmah
Dekatilah “Mat-mat Rempit” dengan berhemah dan hikmah. Mungkin dengan cara ini mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini. Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja ini, jangan memperlakukan diri mereka seperti budak kecil.
Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.

*nurul syuhada =D

No comments:

Post a Comment