Thursday 6 October 2011

minda dan otak!


minda dan otak...

RAMAI orang bertanya kepada saya apa perbezaan antara otak dan minda. Mereka menyatakan bahawa otak memang ada dan boleh dilihat. Bagaimana dengan minda? Kalau ada di mana tempatnya?
Pada zaman saya bersekolah dahulu kami kerap disogokkan dengan saranan menggunakan otak. Sekarang kita disuruh menggunakan minda pula? Ada beza ke? Kalau ada apa perbezaannya?
Bagi saya minda mesti bermula dengan otak. Hanya orang yang guna otak sahaja berkemungkinan ada minda. Kita hendaklah ingat bahawa ada otak sahaja tidak mencukupi kalau kita tidak selalu menggunakannya.
Apabila kita kerap menggunakan otak kita untuk kerja-kerja penambahan ilmu pengetahuan, penerokaan dan berfikir, barulah terjelmanya minda. Maksudnya untuk mendapatkan minda yang tajam, otak mesti digunakan.
Lebih kerap otak digunakan untuk tujuan-tujuan yang lebih mencabar, barulah daya minda kita semakin aktif.
Saya umpamakan otak seperti sebilah pisau. Ketajaman pisau itu pula adalah minda. Mana mungkin kita memisahkan antara pisau dan ketajamannya. Begitulah juga antara otak dan minda. Mana mungkin kita memisahkan antara otak dan minda.
Berbagai-bagai saranan dikemukakan untuk mengasah minda kita. Ini termasuklah dalam aspek pemakanan, pantang larang, do’a dan sebagainya. Tapi bagi saya marilah kita luangkan beberapa minit untuk menajamkan otak kita. Kita terlampau banyak menggunakan minda kita, kita terlupa untuk berhenti sebentar lalu mengambil batu pengasah untuk menajamkan otak kita.
Aktiviti menajamkan minda umpama seseorang yang sedang menebang pokok. Sudah lama dia menebang, namun pokok masih tak tumbang. Seorang yang lain memberitahu dia, mengapa tak berhenti sahaja dan tajamkan dahulu mata gergaji itu. Jika mata gergaji perlu diasah, inikan pula mata otak kita atau yang disebut minda tadi.
Oleh itu sebagai guru kita mestilah melatih pelajar-pelajar meluangkan masa unuk menajamkan minda mereka melalui aktiviti-akiviti yang boleh merangsang pertumbuhan dendrits atau rami saraf. Lebih banyak dendrits yang tumbuh dan berselirat antara satu sama lain lebih baiklah daya minda kita. Antara akiviti itu ialah membaca bahan yang serius, berfikir, mencari jawapan, berdiskusi atas isu yang ilmiah, menyelesaikan sesuatu masalah, dan banyak lagi.Soalan yang menakutkan! Ada otak ka???
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment