Sunday 9 October 2011

Kitar semula

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Program ini juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.   

Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan sampah-sarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang hebat diperkatakan kini.Program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk. Justeru, program ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat.

Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang amat bernilai. Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan yang semakin hari semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di hutan merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Contohnya, untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Kertas yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.

-nur fitriah aliah

No comments:

Post a Comment