Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga;
Makan sirih mengenyang tidak,
Kerana budi dan bahasa.Kain bersuji di atas atap,
Sudah dikelim baru dipakai;
Kalau sudi tuanku santap,
Sirihnya kering pinangnya kotai.Ada sirih ada pinang,
Nanti gambir dengan kapur;
Sudah dipilih sudah dipinang,
Hanya menanti ijab kabul.Ambil buluh di rumpun jering,
Jering bersanggit dibatang pinang;
Kalau jalak lawan biring,
Belum tentu kalah menang.Apa guna pokok pinang,
Daun hijau kuning padi;
Apa diingat apa dikenang,
Gunung dikejar takkan lari.Bangun tidur lalu berenang,
Naik rakit batang pinang;
Habis tali sambung benang,
Kumbang terbang bukan senang.Hujan reda ribut berdengung,
Tanam pinang di kaki tangga;
Jangan dinda duduk termenung,
Sapu tangan pengganti kanda.
Thursday, 28 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment