Ambil pisau pengait sirih.
Sirih ada di tengah laman;
Jangan sesal tidak boleh,
Kerana tidak ada pertemuan.Anak kala memanjat pinang,
Nampak dari tanah Mekah;
Masa ini kita bertunang,
Sabar-sabarlah sebelum menikah.Anak pipit mati terhimpit,
Mati dipanah kumbang hijau;
Santaplah tuan pinang bergigit,
Saya nak membelah tiada pisau.Apa merah di kaki langit,
Putik delima dilari kuda;
Apalah merah di sanggul Kak Nit,
Bungalah sirih cempaka muda.Arak tikar kelambu dulu,
Belah pinang dalam lopak;
Sudah gempar berhenti dulu,
Ada senang buat pulak.Banyak pinang serta sayur,
Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
Dengar pesan abang di sana.Buah keranji kulitnya hitam,
Masak sebiji atas peti;
Sirih pinang telah dikirim,
Sebab boleh kehendak hati.
Thursday, 28 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment