Sunday 14 August 2011

MIMPI ANEH

Pada suatu malam, aku terbangun kerana ada suatu bunyi pelik yang telah kudengar. Aku bersetuju untuk menyiasat bunyi aneh tersebut. Apabila aku makin dekat dengan bunyi itu, aku berasa lain. Badanku mula berasa sejuk. Hatiku tidak selesa, tiba-tiba dia ada di hadapan aku. Sesuatu yang tidak pernah kulihat. Dia mempunyai dua sayap dan dia boleh terbang.

Aku menanya benda itu sesuatu, tetapi dia tidak menjawab soalanku. Aku mengatakan kepada bidadari itu bahawa aku ingin kembali ke bilikku lalu tidur, dia kelihatan marah. Jadi aku mula berlari sekuat hatiku menuju ke bilik adikku. Aku terlalu takut untuk tidur sendirian. Tetapi, pintu bilik adikku enggan buka lalu aku menjerit.

Tiada sesiapapun yang datang untuk mencariku, selain daripada bidadari itu. Muka bidadari itu tiba-tiba kelihatan manis. Aku terkejut apabila dia mengatakan bahawa dia ingin menjadi kawanku. Aku mengganguk, dia tersenyum. Dia memegang tanganku lalu membawa aku ke halaman belakang rumahku. Dia mula mengira dan tiba-tiba aku sedang terbang bersamanya.

Aku turut tersenyum. tiba-tiba aku terdengar ibuku memanggil namaku. Aku menyahut. Tiba-tiba air dipercit ke mukaku lalu aku membuka mata. Rupa-panya ibuku telah mengejutku untuk ke sekolah. Aku tergelak sendirian memikir tentang mimpiku.

Aku terus bangun dan bergerak ke bilik air. Setelah aku bersarapan, ayahku bertanya kepadaku mengapa aku menjerit semalam, lalu aku mengangkat bahu dan tersenyum. Rupa-rupanya aku juga menjerit ketika aku sedang bermimpi. Emak aku memesan kepada aku supaya membasuh kaki sebelum tidur agar tidak bermimpi 'MIMPI ANEH' lagi.

-Marsya Aleesa Filza bt Abdul Manaf
-1B1 Group 2011